Skip to main content

SIAPAKAH YANG BERJAYA MENCURI MASA NEELOFA?

Titan, pengeluar jam kelima terbesar di dunia, begitu teruja memperkenalkan Neelofa sebagai duta Titan di Malaysia. Buah hati rakyat Malaysia, Neelofa berjaya menarik perhatian Titan untuk melamarkannya sebagai duta kerana personalitinya yang berani dan penuh dedikasi dalam mencapai kejayaan dan ini amat bertepatan dengan moto jenama ini.

“Saya begitu teruja dan amat berterima kasih pada Titan kerana memilih saya sebagai duta jenama. Saya memang meminati jenama Titan kerana keunikan rekaannya dalam setiap koleksi. Contohnya, setiap utas koleksi Raga, kita boleh nampak kehalusan seni rekaannya dan bagaimana ia direka menepati cita rasa wanita moden. Saya juga amat terpesona dengan Edge, kerana rekaannya yang ultra nipis, elegan dan menggunakan teknologi terkini. Kini saya mempunyai teman sempurna yang bukan saja menunjukkan waktu untuk saya, tapi juga melengkapi gaya saya untuk sebarang acara. Saya tak sabar nak kongsi koleksi yang saya pilih sendiri dengan anda dan saya harap anda juga akan menjumpai teman sempurna anda!” kata Neelofa.



“Kami berbesar hati kerana Neelofa telah memilih Raga dan Edge sebagai sebahagian koleksi pilihannya. Raga merupakan antara rangkaian paling laris di bawah Titan, kerana setiap koleksi diinspirasikan daripada kecantikan wanita moden manakala kami amat berbangga dengan Titan Edge kerana ia senipis 3.5mm sahaja dan mempunyai pergerakan sehalus 1.15mm dengan kemasan yang elegan. Kami bangga mengungguli kategori jam ternipis di dunia – bayangkan ia cuma senipis kad kredit, dan ia juga merupakan sebahagian Koleksi Neelofa untuk pasaran Malaysia,” kata En. Vijesh Rajan, Ketua Unit Perniagaan, Bahagian Antarabangsa Titan Company Ltd.  

“Di Titan, kami percaya seutas jam tangan boleh menjadi moden dan pada masa yang sama rekaannya kekal klasik tidak lapuk  dek zaman. Ini kerana, apabila anda membeli seutas Titan, anda bukan sekadar membeli jam tangan, malahan anda sebenarnya menciptakan pengalaman bermakna ketika memakainya. Sebab itulah kami beranggapan bahawa seutas jam tangan boleh dihasilkan dengan kehalusan seni tangan terbaik tetapi masih lagi mampu dimiliki semua. Saya amat gembira kerana kami dapat bekerjasama dengan personaliti yang sentiasa mendorong untuk mencapai kerjayaan yang merupakan inspirasi buat wanita Malaysia. Untuk itu, saya yakin Neelofa akan menjadi duta yang sempurna dan ciri-ciri yang ada padanya akan melengkapi lagi jenama Titan,” tambahnya lagi.

Kolaborasi yang berkempenkan ‘Lahirnya Detik Kejayaan’ ini  mengetengahkan Neelofa dalam semua kempen digitalnya yang memaparkan detik-detik kejayaan buat Neelofa bersama teman sempurnanya, Titan, selama setahun. Peminat-peminat Neelofa boleh menantikan koleksi pilihan istimewa Neelofa seperti Raga, Edge, Neo dan Purple yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.  

Titan menawarkan koleksi jam tangan untuk lelaki dan wanita, pada harga yang mampu milik serta sesuai untuk apa jua gaya – sama ada formal, sukan atau kasual. Setiap jam tangan Titan dihasilkan dengan rekaan yang unik, kehalusan seni tangan yang tiada tandingan serta gaya – inilah komitmen mutlak Titan. Antara koleksi terkenal Titan yang boleh digayakan sama ada oleh wanita atau lelaki dan termasuk di bawah koleksi pilihan istimewa Neelofa adalah:


 Raga – Diinspirasikan daripada wanita moden yang mengungguli peranannya dengan penuh keanggunan Dengan sentuhan rekaan sensual dan elegan, koleksi Raga sesuai untuk semua wanita.


 Edge – Jika ketepatan yang menjadi lambang penghasilan jam, maka Edge daripada Titan merupakan contoh terunggul jam kontemporari. Dihasilkan daripada keluli tahan karat dan kaca kristal nilam – jam Edge memberikan anda pergerakan mantap sehalus 1.15mm, pergerakan yang setanding dalam kelas dunia pembuatan jam. Juga dikenali sebagai jam kuarza paling nipis di dunia, inovasi ini telah memenangi Anugerah Red Dot Design pada tahun 2013 dan 2014.

 Neo – Direka dengan gabungan harmoni stail kontemporari, teknologi dan tahan lasak, koleksi Neo memaparkan gabungan sempurna antara rekaan dan fungsi untuk kedua-dua lelaki dan wanita.


  Purple – Lari dari kebiasaan dengan memberikan rekaan yang berani – Purple menyerlah sekali dengan koleksi warna yang pelbagai, sentuhan kristal dan reka bentuk yang menyerlahkan lagi si pemakai. Sama ada untuk ke bersantai atau ke pejabat, ia teman sempurna anda!


Jam Titan dijual pada harga RM220 dan ke atas serta boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Titan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai koleksi Titan, layari www.detiktitan.com, atau cari hashtag #DetikTitan di media sosial, LIKE Laman Rasmi Facebook Titan (@Titan) atau ikut akaun Instagram rasmi Titan Malaysia (@titanmalaysia).

Comments